Friday 17 October 2008

Pengorbanan

  • Semua orang bersetuju, untuk mencapai sesuatu cita-cita kita perlu berkorban. Namun, perjalanan hidup kita bukan hanya melibatkan diri kita sahaja. Pengorbanan yang kita lakukan turut akan dirasai oleh orang sekeliling kita terutama sekali orang yang paling dekat dengan kita. Kita mungkin mampu menanggung pengorbanan itu tetapi tidak semestinya bagi orang kesayangan kita. Ketidak sanggupan dan ketakutan orang yang disayangi mampu menghampakan kita. Impak paling besar yang kita akan rasakan apabila orang tersebut melibatkan keluarga serta sanak saudara. Kelak, semangat perjuangan kita semakin pudar dan satu persatu orang yang dekat dengan kita terpaksa menarik diri dan mengaku kalah. Tinggallah kita bersama orang yang mempunyai cita-cita dan impian yang sama serta semangat yang kental sahaja.

  • Pengorbanan juga melibatkan teman seperjuangan. Teman seperjuangan juga harus mempunyai keazaman yang sama seperti kita. Tanpa teman, segala perancangan yang telah dibuat terpaksa dirangka kembali. Merugikan masa, menghabiskan tenaga dan melemahkan semangat. Oleh itu, semangat bukan hanya perlu disemai didalam diri kita, malah pada rakan seperjuangan kita juga supaya apa yang telah dirancang akan terlaksana kelak.

  • Ujian yang kecil untuk perjuangan yang kecil. Pengorbanan yang besar untuk kejayaan yang besar.