Monday 28 July 2008

Beras Secupak Takkan Jadi Segantang?

Aku suka membaca perumpamaan melayu. Dari sini aku boleh melihat pemikiran melayu dahulu kala serta mempengaruhi kehidupan melayu pada waktu ini. Aku tetiba terlintas satu peribahasa,'Beras Secupak Takkan Jadi Segantang'. Aku berpendapat perumpamaan ini adakalanya boleh menjadi pedoman. Situasi yang terlintas di fikiran aku adalah berkaitan dangan usaha. Usaha yang sikit tidak akan mendatangkan hasil yang terbaik. Namun, didalam perniagaan, perumpamaan ini seperti kurang sesuai untuk dihayati. Didalam memulakan perniagaan, bermodalkan aset yang sedikit, ia boleh menjana keuntungan yang besar jika modal yang kecil ini bijak dilaburkankan dan dikitarkan semula.

Andai kata, kalau aku beli 10kg beras berharga RM40 dari pemborong. Aku menjualnya dengan harga RM 50. Aku telah untung RM10 jika tidak mengira kos2 lain seperti penghantaran kerana hanya untuk membuat perumpamaan mudah. Aku kitar duit jualan aku untuk membeli 10kg beras lagi dengan harga yang sama dan menjualnya dengan harga yang sama. Aku telah keuntungan RM10 lagi. Jumlah keuntungan telah menjadi RM20. Aku simpan keuntungan ini dan tidak mengambilnya. Jika aku membuat kitaran sebanyak 4 kali, jumlah wang yang ada pada aku sebanyak RM80(RM40 modal+RM40 untung). Sekarang aku telah mampu membeli 20kg beras. Tetapi kali ini keuntungan yang aku dapat ialah RM20 sekali jual(beli=RM80, jual=RM100). Jika aku membuat kitaran ini berulang kali, keupayaan aku untuk membeli beras serta kadar keuntungan aku telah bertambah. Pada mulanya aku hanya mampu membeli 10kg beras, kini mungkin aku telah mampu membeli 1000kg beras. Jadi, didalam perniagaan, beras secupak boleh jadi segantang.

Thursday 24 July 2008

Dengan Penulisan, Kita Boleh Menilai Seseorang

Kita boleh mengetahui cara seseorang berfikir, menyelesaikan masalah dan persepsi terhadap sesuatu perkara dengan membaca penulisan seseorang. Contoh, jika kita membaca buku Dilema Melayu, kita akan masuk didalam kotak pemikiran Mahathir. Jika kita membaca blog saifulislam, kita akan masuk didalam kotak pemikiran saudara Hasrizal. Jadi, kita boleh menilai seseorang bukan sekadar tingkahlakunya, malah dari segi penulisannya. Oleh itu, jika kita membaca Al-Quran dan terjemahannya, kita akan masuk didalam kotak pemikiran siapa? Al-Quran bukan dikarang oleh Nabi Muhammad.

Monday 21 July 2008

Setiap Krisis, Disana Pasti Ada Peluang

First time aku dapat ayat ni masa baca buku Berani Gagal. Ia diucapkan oleh seorang usahawan berjaya di China. Mula2 aku tak dapat tangkap apa maksud mendalam ayat ni. Krisis yg bagaimana yg dimaksudkan? Peluang ape pulak yg datang time kita duk serabut selesaikan krisis kita?

Akhirnya, aku semakin faham ayat ini. Contoh yg aku boleh kaitkan dengan ayat ini ialah sekarang ini Islam dilabel sebagai pengganas di merata tempat terutama sekali di Amerika dan Eropah. Sehingga wujud 'islamphobia'. Sampai begitu sekali orang takut kepada Islam. Kalau orang Islam nak masuk negara mereka, pasti akan diperiksa dengan teliti. Sampai nak cabut baju semua, selongkar beg dan sehingga ada yang dihantar semula sebab tak lepas immegresen di airport. TETAPI, disebalik islam dilabel sebagai pengganas, Islam semakin subur di sana. Mengapa boleh jadi macam ni? Semakin ramai yg phobia, semakin pula yang masuk Islam. Terasa seperti tidak logik. Ha, inilah perancangan Allah. Jika kita fikir2 balik, perkara ini boleh jadi sebegini sebab dengan krisis ini, orang2 awam di Amerika dan Eropah mula mempelajari tentang Islam melalui kajian. Walaupun niat sebenar tidak mahu memeluk agama Islam, tetapi semakin lama mereka mengkaji, semakin mereka merasakan apa yang diajar oleh Islam adalah terbaik untuk kehidupan. Ini maknanya, orang yang merancang untuk memberi tekanan kepada orang Islam telah bertukar menjadi pembantu orang Islam untuk berdakwah. Selain itu, aku rasakan kata hikmah ini boleh digunakan dalam banyak situasi. Mungkin sekarang ini, situasi yang aku nampak hanyalah berkaitan kes diatas. Masih jauh lagi perjalanan hidup aku(InsyaAllah).

Jadi apa yang aku belajar daripada situasi dan kata hikmah diatas, aku akan terus berpegang pada kebenaran kerana mungkin orang lain belum nampak atau terfikir seperti yang aku fikirkan. Tapi itulah, kekadang aku terpegang perkara yang aku rasakan benar walhal aku silap sebab aku masih belajar mengenai kehidupan dan kurang ilmu. Masih banyak pengalaman yang perlu aku tempuhi untuk mematangkan lagi pemikiran aku. Masih banyak ilmu yang aku perlu belajar untuk memantapkan pegangan aku. Tetapi sekurang2nya aku ada pegangan dan tidak mudah dipengaruhi. Aku sedar aku ini mungkin keras kepala tapi aku rasa aku bukanlah keras hati. Tak tahulah orang lain menilai aku seperti mana. Aku berpendapat, sikap/pemikiran/pegangan seseorang boleh berubah melalui perjalanan hidup, ilmu dan pengalaman seseorang. Semoga Allah membantu kita menempuh kehidupan ini.