Monday, 24 January 2011
Saturday, 22 January 2011
Wednesday, 19 January 2011
=)
Pandangan kita diperteguhkan....Menjadikan kita tetap pendirian
Silap kita, dia betulkan
Dia umpama tongkat si buta......Bila tiada satu kehilangan
Thursday, 23 December 2010
Masa Hadapan Penuh Misteri
Masa hadapan penuh misteri,
Pelbagai masalah yang daku amati,
Konflik dunia disana sini,
Mata pemimpin dikaburi duniawi
Masa hadapan penuh misteri,
Kenangan lalu menjadi persepsi,
Kesalahan lalu ambil diteladani,
Agar tidak diulangi lagi
Masa hadapan penuh misteri,
Sering bermain diminda sanubari,
Jika tidak dirancang teliti,
Kelak menyesal meniti hari
Masa hadapan penuh misteri,
Berhadapan manusia pelbagai hati,
Andai konflik harus berkomunikasi,
Mencari penyelesaian yang semua sepakati
Masa hadapan penuh misteri,
Anasir negatif semakin mencemari,
Sentiasa berdoa agar dilindungi,
Kuatkan iman ilmu islami
Masa hadapan penuh misteri,
Pelbagai pancaroba akan ku lalui,
Ilmu teras persiapan diri,
Berdepan ujian cekalkan hati
Masa hadapan penuh misteri,
Amalan dicari bekalan ke Ilahi,
Memang mati adalah pasti,
Bagaimana pengakhiran kehidupanku ini
Masa hadapan penuh misteri,
Syukur tuhan daku bukan bersendiri
Jalan bersamaku sebagai inspirasi
Kerana masa hadapan terlalu misteri........
-Saufi-
Monday, 10 May 2010
Barrack Obama Speech
Walaupun saya ada tidak bersetuju dengan pendekatan Barrack Obama dalam menyelesaikan masalah dunia terutama sekali berkaitan dengan Palestine dan negara Islam, namun saya tidak rasakan tiada positif yg kita tidak boleh ambil daripadanya. Di sini saya lampirkan 1 video berinspirasi yang boleh meningkatkan semangat untuk terus mencari ilmu sepanjang hayat ini untuk berdepan dengan dunia sekarang yang penuh mencabar(segalanya dihujung jari dan berita tersebar dengan begitu luas)...Tuntutkan ilmu sehingga negeri china dan hingga ke liang lahat kan? Antara kata-kata yang menarik perhatian:
"information becomes a distraction, a diversion, a form of entertainment, rather than a tool of empowerment, rather than the means of emancipation. So all of this is not only putting pressure on you; it's putting new pressure on our country and on our democracy"
"Allowing you to compete in the global economy is the first way your education can prepare you. But it can also prepare you as citizens. With so many voices clamoring for attention on blogs and on cable, on talk radio, it can be difficult at times to sift through it all; to know what to believe; to figure out who's telling the truth and who's not. Let's face it, even some of the craziest claims can quickly gain traction. I've had some experience in that regard."

Wednesday, 23 December 2009
Insan Pilihan Allah SWT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang
Nabi adalah seseorang yang berkata-kata dengan benar. Seorang yang mempunyai akhlak peribadi yang mulia. Juga seseorang yang mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Juga terdapat nabi yang berpeluang berdialog dengan Allah dan malaikat. Sepanjang hidup aku, aku suka melihat, memerhati serta mengkaji perlakuan seseorang. Semua orang mempunyai perangai yang berbeza, dan bagai mana mereka menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk menjadi ‘seseorang’, itu yang menarik perhatianku. Ini termasuklah ahli keluargaku,kawan-kawanku serta tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada masyarakat.Di Malaysia, terdapat banyak tokoh-tokoh yang aku kagumi seperti Mahathir dan Syed Mokhtar Al-Bukhari. Aku mencari biografi tentang kisah kehidupan mereka dari kecil hingga dewasa serta cabaran-cabaran yang mereka alami. Aku mendapat inspirasi dan kekuatan semasa membacanya. Juga aku dapat melihat sendiri peribadi mereka dengan kaca mata aku sendiri kerana mereka masih hidup. Juga bagaimana mereka menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh orang ramai.
Pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Aku setuju. Kerana selepas membaca kesukaran, keperitan dan ketabahan tokoh-tokoh terkenal di Malaysia, aku cinta kepada mereka. Yakni aku cuba untuk menjadi seperti mereka. Jadi, aku cuba ingin bercinta dengan Rasulullah. Aku sungguh tidak bernasib baik hidup di zaman abad ke-21 kerana Muhammad (S.A.W) hidup pada abad ke-5 Masihi. Aku sanjung Mahathir kerana aku nampak Malaysia ini membangun semasa pemerintahannya. Aku sanjung Syed Mokhtar kerana aku nampak dia seseorang yang merendah diri walaupun sangat kaya. Tapi untuk Muhammad (SAW), aku tak nampak kerana dia telah meninggal dunia. Hanyalah kesan yang ditinggalkan Al-Quran, Hadis dan makam beliau di Masjid Nabawi. Aku ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Muhammad (SAW). Aku percaya, dengan membaca hasil karya(buku) karangan tokoh tersebut, kita dapat tahu apakah jenis pemikiran dan perwatakan seseorang itu. Al-Quran, bukanlah hasil tangan Muhammad (SAW). Al-Quran adalah kata-kata yang datang daripada Allah SWT. Jadi, Muhammad tidak menulis apa-apa buku seperti Mahathir menulis buku Dilema Melayu. Aku cuba membaca hadis-hadis Muhammad (SAW). Menarik kerana seperti membaca novel tetapi tanpa plot jalan cerita. Hadis-hadis disusun supaya memudahkan manusia untuk menentukan sesuatu hukum dalam kehidupan seharian.

Aku cuba lagi dengan menziarahi tempat lahir, kesan-kesan sejarah Muhammad (SAW) di bumi Saudi. Aku lihat makam baginda. Yang aku paling terasa adalah semasa menaiki Bukit Nur yang terdapat Gua Hirak diatasnya. Letih juga menaiki bukit tersebut dan aku terbayang tentang kekuatan fizikal Muhammad (SAW). Di atas itu juga aku dapat melihat Bandar Mekah, gunung-ganang, langit yang biru dan matahari terbit dengan begitu indah sekali. Dari situ aku dapat tahu mengapa Muhammad (SAW) memilih tempat tersebut untuk mendapat ketenangan jiwa.
Aku cuba lagi untuk mengenali Muhammad (SAW). Dari sekolah lagi sejarah tentang Muhammad (SAW) telah kita semua ketahui. Cuma apa yang kita banyak ketahui hanyalah selepas baginda menjadi Rasul. Jadi, aku cuba mencari buku yang menceritakan sejarah daripada baginda kecil hinggalah meninggal dunia. Alhamdulillah, aku jumpa buku tersebut daripada salah seorang sepupu aku. Sangat tebal, ditulis pada tahun 1951 dan berbahasa melayu.Aku hanyalah ingin mengenali Muhammad (SAW).
Akhir kata, aku jua ada buat pemerhatian dan kajian tentang kepelbagaian mazhab dikalangan umat Islam. Bila dirujuk kepada semua mazhab, semuanya ada alasan tersendiri mengapa mereka memilih jalan tersebut. Sebab itu lah aku ingin melihat sendiri kalau boleh seorang Nabi didepan mataku. Seseorang yang kuat perhubungannya dengan Allah SWT. The Chosen One. Aku nak tengok orang yang bagaimana ‘The Chosen One’ itu dipilih oleh Allah SWT. Bagaimanakah jalan yang dipilih oleh Nabi. Semestinya jalan itu adalah jalan yang paling benar kerana mendapat rujukan daripada Allah SWT. Namun semua rasul itu hanyalah seperti manusia biasa. Mempunyai emosi dan perasaan. Muhammad (SAW) sendiri sedih apabila kehilangan isterinya dan pakciknya.
Kemudian, aku teringat tentang hari Qiamat. Isa (AS) akan diturunkan semula untuk meneruskan perjuangan baginda. Oleh kerana aku sudah tidak dapat melihat Muhammad (SAW) di dunia ini, aku berharap aku dapat melihat Isa (AS) hidup didunia ini. Aku ingin tahu bagaimana fizikalnya, kekuatan rohaninya dan kebenaran yang dibawanya. Aku berharap aku masih hidup pada hari Isa (AS) diturunkan. Sudah tentu jika Isa (AS) diturunkan, dunia ini hampir Qiamat. Lagipun Qiamat sudah hampir bukan? Semoga iman aku semakin kuat kelak.

Friday, 20 November 2009
Mengenai 'Swine Flu Vaccine'
Berikut adalah website Jane Burgermeister. http://www.theflucase.com/
Didalam banyak berita-berita serta perkembangan terbaru 'Swine Flu Vaccine', terdapat satu artikel yang menarik perhatian saya adalah swine flu vaccine ini boleh menyebabkan kematian. Beritanya klik disini.
Subscribe to:
Posts (Atom)