Thursday 23 December 2010

Masa Hadapan Penuh Misteri

Masa hadapan penuh misteri,
Pelbagai masalah yang daku amati,
Konflik dunia disana sini,
Mata pemimpin dikaburi duniawi

Masa hadapan penuh misteri,
Kenangan lalu menjadi persepsi,
Kesalahan lalu ambil diteladani,
Agar tidak diulangi lagi

Masa hadapan penuh misteri,
Sering bermain diminda sanubari,
Jika tidak dirancang teliti,
Kelak menyesal meniti hari

Masa hadapan penuh misteri,
Berhadapan manusia pelbagai hati,
Andai konflik harus berkomunikasi,
Mencari penyelesaian yang semua sepakati

Masa hadapan penuh misteri,
Anasir negatif semakin mencemari,
Sentiasa berdoa agar dilindungi,
Kuatkan iman ilmu islami

Masa hadapan penuh misteri,
Pelbagai pancaroba akan ku lalui,
Ilmu teras persiapan diri,
Berdepan ujian cekalkan hati

Masa hadapan penuh misteri,
Amalan dicari bekalan ke Ilahi,
Memang mati adalah pasti,
Bagaimana pengakhiran kehidupanku ini

Masa hadapan penuh misteri,
Syukur tuhan daku bukan bersendiri
Jalan bersamaku sebagai inspirasi
Kerana masa hadapan terlalu misteri........

-Saufi-

2 comments:

Anonymous said...

suatu inspirasi....
yang penuh dengan misteri!! =p

ummu durrah said...

Misteri.