Asas menuntut ilmu adalah membaca. Ilmulah yang akan membentuk seseorang. Semakin banyak kita membaca, semakin bertambah ilmu. Ilmu bukan sekadar tertumpu pada proses pembelajaran di sekolah atau universiti, tetapi ilmu itu luas termasuk bidang kemahiran sekali seperti memasak dan berucap. Dalam kita membaca, kita harus bersifat terbuka dan berhati-hati dalam menilai kerana orang boleh menguasai kita dengan pembacaan kita.
Friday, 8 August 2008
Ketika Membuat Kesilapan
Masa muda adalah masa untuk mengenali kehidupan. Bagaimana sistem kemasyarakatan berjalan, bagaimana mengetahui erti perjuangan dan sebagainya. Masa muda akan membuatkan kita semangat membara2 dan masa muda akan membuat kita banyak membuat kesilapan. Pemikiran orang muda adalah pemikiran jangka masa pendek. Oleh itu orang muda perlukan bimbingan daripada orang yang lebih tua atau berpengalaman supaya tidak melakukan kesilapan. Kita mungkin boleh berfikiran 'semua orang membuat silap', tetapi ada orang yang tidak dapat menerima kesilapan orang masa lalu. Mereka berfikir setiap manusia harus 'perfect'. Tiada ruang untuk seseorang membuat kesilapan didalam kehidupan. Sebab itu setiap kesilapan yang dibuat harus dihukum. Kita kadang-kala menyatakan 'orang yang menghukum' itu kejam. Inilah kehidupan. Tetapi ingatlah, tanpa 'hukuman', kita tidak akan belajar apa2. 'Orang yang dihukum' pula, janganlah mudah putus asa. Teruskan usaha. Kita akan banyak belajar didalam kesusahan dan kegagalan. Jangan biarkan orang yang penakut membantut usaha kita.
*Perjalanan kehidupan seseorang manusia bakal menunjukkan Allah itu Maha Adil.
*Perjalanan kehidupan seseorang manusia bakal menunjukkan Allah itu Maha Adil.
Sunday, 3 August 2008
Berkongsi Masalah
Didalam hidup ini kita saling perlu memerlukan. Inilah yang dinamakan komuniti. Saling memerlukan sesama keluarga, jiran serta sahabat. Kita kadang kala merasakan kita tidak memerlukan pertolongan didalam sesuatu masalah. Kita berfikir, masalah itu kita boleh selesaikan dengan inisiatif kita serta kekuatan kita sendiri. Kita sendiri pun tidak mahu menyusahkan atau merisaukan orang lain. Namun kadang kala orang yang dekat dengan kita tidak berfikiran sebegitu. Mereka kadang kala berharap agar kita dapat berkongsi masalah dengan mereka supaya mereka dapat memberi khidmat kepada kita. Orang yang dekat dengan kita termasuklah keluarga dan rakan-rakan lebih2 lagi jika berkaitan dengan perempuan. Umpamanya dengan emak atau isteri(atau bakal isteri). Walaupun si ibu dikurniakan naluri yang mendalam, namun mereka kadang kala berharap agar si anak dapat berkongsi masalah dengannya. Jadi, walaupun sekuat mana semangat kita, kadang kala kita perlu berkongsi masalah. Juga, dengan berkongsi masalah kita dapat merapatkan hubungan kita dengan orang tersebut kerana saling tolong menolong.
Subscribe to:
Posts (Atom)