Wednesday 23 December 2009

Insan Pilihan Allah SWT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Nabi adalah seseorang yang berkata-kata dengan benar. Seorang yang mempunyai akhlak peribadi yang mulia. Juga seseorang yang mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Juga terdapat nabi yang berpeluang berdialog dengan Allah dan malaikat. Sepanjang hidup aku, aku suka melihat, memerhati serta mengkaji perlakuan seseorang. Semua orang mempunyai perangai yang berbeza, dan bagai mana mereka menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk menjadi ‘seseorang’, itu yang menarik perhatianku. Ini termasuklah ahli keluargaku,kawan-kawanku serta tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada masyarakat.Di Malaysia, terdapat banyak tokoh-tokoh yang aku kagumi seperti Mahathir dan Syed Mokhtar Al-Bukhari. Aku mencari biografi tentang kisah kehidupan mereka dari kecil hingga dewasa serta cabaran-cabaran yang mereka alami. Aku mendapat inspirasi dan kekuatan semasa membacanya. Juga aku dapat melihat sendiri peribadi mereka dengan kaca mata aku sendiri kerana mereka masih hidup. Juga bagaimana mereka menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh orang ramai.

Pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Aku setuju. Kerana selepas membaca kesukaran, keperitan dan ketabahan tokoh-tokoh terkenal di Malaysia, aku cinta kepada mereka. Yakni aku cuba untuk menjadi seperti mereka. Jadi, aku cuba ingin bercinta dengan Rasulullah. Aku sungguh tidak bernasib baik hidup di zaman abad ke-21 kerana Muhammad (S.A.W) hidup pada abad ke-5 Masihi. Aku sanjung Mahathir kerana aku nampak Malaysia ini membangun semasa pemerintahannya. Aku sanjung Syed Mokhtar kerana aku nampak dia seseorang yang merendah diri walaupun sangat kaya. Tapi untuk Muhammad (SAW), aku tak nampak kerana dia telah meninggal dunia. Hanyalah kesan yang ditinggalkan Al-Quran, Hadis dan makam beliau di Masjid Nabawi. Aku ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Muhammad (SAW). Aku percaya, dengan membaca hasil karya(buku) karangan tokoh tersebut, kita dapat tahu apakah jenis pemikiran dan perwatakan seseorang itu. Al-Quran, bukanlah hasil tangan Muhammad (SAW). Al-Quran adalah kata-kata yang datang daripada Allah SWT. Jadi, Muhammad tidak menulis apa-apa buku seperti Mahathir menulis buku Dilema Melayu. Aku cuba membaca hadis-hadis Muhammad (SAW). Menarik kerana seperti membaca novel tetapi tanpa plot jalan cerita. Hadis-hadis disusun supaya memudahkan manusia untuk menentukan sesuatu hukum dalam kehidupan seharian.



Aku cuba lagi dengan menziarahi tempat lahir, kesan-kesan sejarah Muhammad (SAW) di bumi Saudi. Aku lihat makam baginda. Yang aku paling terasa adalah semasa menaiki Bukit Nur yang terdapat Gua Hirak diatasnya. Letih juga menaiki bukit tersebut dan aku terbayang tentang kekuatan fizikal Muhammad (SAW). Di atas itu juga aku dapat melihat Bandar Mekah, gunung-ganang, langit yang biru dan matahari terbit dengan begitu indah sekali. Dari situ aku dapat tahu mengapa Muhammad (SAW) memilih tempat tersebut untuk mendapat ketenangan jiwa.

Aku cuba lagi untuk mengenali Muhammad (SAW). Dari sekolah lagi sejarah tentang Muhammad (SAW) telah kita semua ketahui. Cuma apa yang kita banyak ketahui hanyalah selepas baginda menjadi Rasul. Jadi, aku cuba mencari buku yang menceritakan sejarah daripada baginda kecil hinggalah meninggal dunia. Alhamdulillah, aku jumpa buku tersebut daripada salah seorang sepupu aku. Sangat tebal, ditulis pada tahun 1951 dan berbahasa melayu.Aku hanyalah ingin mengenali Muhammad (SAW).

Akhir kata, aku jua ada buat pemerhatian dan kajian tentang kepelbagaian mazhab dikalangan umat Islam. Bila dirujuk kepada semua mazhab, semuanya ada alasan tersendiri mengapa mereka memilih jalan tersebut. Sebab itu lah aku ingin melihat sendiri kalau boleh seorang Nabi didepan mataku. Seseorang yang kuat perhubungannya dengan Allah SWT. The Chosen One. Aku nak tengok orang yang bagaimana ‘The Chosen One’ itu dipilih oleh Allah SWT. Bagaimanakah jalan yang dipilih oleh Nabi. Semestinya jalan itu adalah jalan yang paling benar kerana mendapat rujukan daripada Allah SWT. Namun semua rasul itu hanyalah seperti manusia biasa. Mempunyai emosi dan perasaan. Muhammad (SAW) sendiri sedih apabila kehilangan isterinya dan pakciknya.

Kemudian, aku teringat tentang hari Qiamat. Isa (AS) akan diturunkan semula untuk meneruskan perjuangan baginda. Oleh kerana aku sudah tidak dapat melihat Muhammad (SAW) di dunia ini, aku berharap aku dapat melihat Isa (AS) hidup didunia ini. Aku ingin tahu bagaimana fizikalnya, kekuatan rohaninya dan kebenaran yang dibawanya. Aku berharap aku masih hidup pada hari Isa (AS) diturunkan. Sudah tentu jika Isa (AS) diturunkan, dunia ini hampir Qiamat. Lagipun Qiamat sudah hampir bukan? Semoga iman aku semakin kuat kelak.

Friday 20 November 2009

Mengenai 'Swine Flu Vaccine'



Berikut adalah website Jane Burgermeister. http://www.theflucase.com/

Didalam banyak berita-berita serta perkembangan terbaru 'Swine Flu Vaccine', terdapat satu artikel yang menarik perhatian saya adalah swine flu vaccine ini boleh menyebabkan kematian. Beritanya klik disini.

From The Noreagaaa Production in Youtube

Saya mencadangkan anda melawati Noreagaa Channel di Youtube....

http://www.youtube.com/user/noreagaaa

Banyak info yang akan anda pelajari....Produksi Noreagaa ini telah melancarkan satu kempen yang dipanggil, 'wake up project' yang mana buat masa ini, terdapat 3 siri dokumentari yang setiap satunya mempunyai banyak episode. Siri dokumentari yang telah siap adalah 'The Divine Book' dan 'The Arrivals'. Dokumentari yang sedang diusahakan adalah 'Phase 3' yang masih baru 6 episode buat masa sekarang.

Dalam 3 siri ini, saya mencadangkan anda menonton siri 'The Arrivals'. Sungguh membuka minda. Siri 'The Arrivals' ini telah juga di 'traslate' ke bahasa Melayu (Satu Kedatangan) tetapi baru mengandungi 10 episode daripada 51 episode kesemuanya.



Saya lampirkan intronya disini dan anda boleh mencari selebihnya di Youtube (tag:satu kedatangan , the arrivals)

Wednesday 17 June 2009

Obama, America And Palestine

1. Finally Obama, the black President of the United States has made his much awaited speech outlining his views and policies on Islam, the Muslims and the Israeli-Palestinian conflict. It is a carefully crafted speech and certainly it is different from those of George W. Bush or even other US Presidents.

2. The arrogance and the preachings are out but two things American still stand out, and that is the United States is a world super power and that American loyalty to Israel is undiminished. Other things can change but not these two.

3. Hamas is asked to give up terrorism because like the struggles of the blacks of America and South Africa, violence achieves nothing. This is not quite true, at least with other national struggles for freedom and justice. The white Americans themselves fought a war against the British and another war to prevent the break-up of the United States.

4. Elsewhere the struggles for freedom and justice e.g. the French Revolution and the Russian Revolution just to name two, all involve violence.

5. It is not the Palestinians who choose violence. It was the Jews who violently seized Palestinian land, massacred the Arabs and expelled them from their country. With no one prepared to restrain the Jews, the beleaguered Palestinians had to resort to violence. The world, the United Nations, even fellow Muslims have deserted them.

6. I am against violence but when Israel seized more Palestinian land, build settlements, impose military rule, divide the Palestinians with high walls, barred the Palestinians from using roads built by the Israelis on Palestinian territory, denied the Palestinian right to a homeland, denied the right of return of the expelled Palestinian while upholding the rights of return of Jews who for centuries had been citizens of other countries, labelled Palestinians as terrorists while exonerating the Israelis for the massive attacks on Gaza and other places, left the Palestinians helpless when attacked by the Western-armed Israeli Military Forces, incarcerated thousands of Palestinians in Israeli jails, unnecessarily provoke the Palestinians by Sharon's visit to Jerusalem and many, many more assaults and provocations, is it any wonder that the Palestinians resorted to violence?

7. And now they are asked to stop violence to respect agreements. But what about the Israelis? Shouldn't they be told to stop their massive violence; shouldn't they be told to respect agreements and all the UN resolutions, such as those against their setting up settements on Palestinian soil, the occupation of land beyond the UN set boundaries for Israel?

8. Obama stresses America's strong bond with Israel. It is unbreakable. He recognises the aspiration for a Jewish homeland "rooted in a tragic history that cannot be denied".

9. But what is the tragic history? It is that of European persecution of the Jews, of the regular pogroms culminating in the Holocaust? It is not the doings of the Muslims. Certainly not the doings of the Palestinians.The tragedy was caused by the Europeans through the ages.

10. Obama must know that before there was the United States, the Jews invariably fled to Muslim countries to seek refuge from European persecution. The Muslims did not turn them back. Before Israel there were millions of Jews in Muslim land. Even today quite a few are still there.

11. The Muslims have never been part of the tragic history of the Jews. Why then must they pay the price for the tragedy caused by the Europeans? Had the Europeans offered part of Europe or America for a Jewish state, there would not be the sustained violence that we see in West Asia. But the Europeans expropriated Arab Palestinian land to give to the Jews. Can an injustice in West Asia atone for injustice in Europe? The Muslim Arabs have to pay for the asylum they provided the Jews by having their land taken away to give to the Jews.

12. To make matters worse the Palestinian Arabs, Christians and Muslims, were violently expelled from Palestine. Israel is to be a racist state for Jews only.

13. America accepts people of different races and religious affiliations. But it supports the exclusivity of Israel as a Jewish state.

14. The Palestinians had tried conventional ways of getting back their land. But conventional ways had failed. They have been forsaken by Arab and Muslim countries. Everytime they try on their own they lose more land because the Europeans and Americans gave military support to Israel.

15. It is only after the failure of conventional wars of liberation that they resorted to unconventional attacks. Can they be blamed? Even the tiny mouse when driven into a corner will fight literally with tooth and nail.

16. We can label the methods of the cornered Palestinians terrorism. But they are themselves terrified and those who inflict terror on them cannot be less of a terrorist than them. State terrorism is no less terrifying than terrorism by irregulars. Indeed State terrorism is more terrifying as we witnessed in Nazi Germany and in Cambodia.

17. I will admit that Obama has brought change. It is a relief after eight years of Bush. But there is an area that he cannot change and that is the blind support for Israel. He has no choice. He will become a one-term President of the United States if he does not.

18. For all the talk about democracy in America, the American majority have no power to choose their President or their Government. That power lies with Israel. They can deny this. But that is the truth. The Americans have become the proxy of the Jews. The Americans will pay a heavy price for this.

credit to Tun Mahathir

Sunday 7 June 2009

Kahwin Awal?

Aku sering membaca artikel2 dan post2 yang ditulis oleh orang ramai mengenai masalah pergaulan antara lelaki dan wanita.

Lelaki tidak boleh keluar berduaan bersama wanita.
Menundukkan pandangan.
Cakap perkara2 yang penting sahaja. Jgan lebih2....

Aku setuju dengan semua itu.....
kerana manusia memang dilahirkan bernafsu terhadap kaum yang berlainan
Saya tidak percaya jika anda katakan anda tidak bernafsu terhadap kaum berlainan jenis
andai kata anda orang yg normal

Tidak lupa juga sehingga menanam sifat bencikan jantina lain supaya nafsu mereka dapat diredakan
Lelaki penipu! perempuan gedik,menyusahkan hidup jer!

Bagi umat Islam yang sedar, semua haluan mereka adalah mencari keredhaan Allah dan syurga-Nya
Tapi pemilihan jalan mereka mungkin berlainan
Jalan hidupmu mungkin seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Mungkin juga seperti Saidina Omar Al-Khattab
Atau juga seperti Saidina Ali Abi Talib
Kesemuanya tokoh Islam yang disegani
Namun perjalanan hidup mereka berbeza

Apakah solusi aku berkaitan pergaulan lelaki dan perempuan ini??
Pemilihan jalan aku adalah berkahwin awal
Mungkin ade orang cakap,
'ko tu dah bersedia ke?'
'cukup ke duet ko?'
'sangap gila ko'
aku tidak melenting jika mereka berfikiran sebegitu
mungkin jalan yang mereka pilih adalah berkahwin lewat
mungkin mahu menstabilkan kewangan dan pekerjaan dahulu
itu jalan mereka.....
Cuma,setiap jalan ada cabaran yang berbeza

Aku terbaca tafsir Al-Quran, perempuan itu mampu memberi ketenangan bagi lelaki.
Aku bertanya kepada mak,'mak, betul ke perempuan ni mampu memberi ketenangan?'
Jawabnya,'Bergantung pada kelakuan perempuan itu sendiri'
Aku bertanya kepada abangku,'bang, betul ke perempuan ni memberi ketenangan?'
Jawabnya, 'a'ah'
Aku bertanya lagi kepada makku tentang sepupu lelaki seusia denganku yang telah berkahwin
'Mak, Mujahid tu macam mana sekarang?'
Jawab mak,'Uih, member2 die sekarang semuanya orang dewasa. Kalau dia borak2, dah nampak kematangan dalam diri die'
Aku:Mana dia dapat duet nak sara bini die?
Mak:Die ade buat katering. Bisnes sendiri cuma join ngan orang lain.

Dia telah melangkah ke satu tahap kehidupan yang seterusnya
bagaimana kematangan boleh sampai ke dirinya?
dulu aku tengok, duk ber'enjoy'
maybe itulah ketenangan yang dia telah rasai
Aku? Cuba melangkah ke tadap kehidupan seterusnya menerusi bidang yang lain
jeles dengan die?
ade la jgk sikit
membesar sama2, tapi tahap die lebih tinggi daripada aku sekarang
contoh, kalau sembahyang berjemaah, lebih afdal imam itu orang yang dah berkahwin
Namun,aku mungkin bernasib baik kerana masih mempunyai mak yang cool
sumber inspirasiku yang utama

Aku juga bersyukur kerana ibubapaku memahami situasi kahwin awal ni
mungkin kerana ramai ahli keluargaku ramai yang berkahwin awal
mungkin juga kematangan pemikiran aku mengenai perkahwinan semasa berborak dengan mereka membuatkan mereka percaya kepada aku
Mereka cuma berkata,'kalau ko nak kahwin awal, calon ko cari sendiri. Mak boleh carikan kalau ko dah jadi bujang terlajak nanti(lepas abis belajar)'
Mendapat restu pun aku rasa dah cukup besar bagiku
mak:calon dah ade ke?
Aku:xde. xpe, boleh cari
mak:kalau dicari, kekadang xjumpa
aku hanya mendengar, mungkin betul mungkin tidak
kakak mencelah, 'ko xpayah cari. ko tu bakal doktor. luar negara plak tu. ko balik m'sia bersepah2 pompuan terkejar2'
aku: kak, ini bkn melibatkan popular.aku nak ketenangan yang abang Nasir, dan Mujahid dapat rasakan tu.Orang lelaki ni kalau xdiberi tanggungjawab, kekadang duk merapu, enjoy xtentu pasal.

hurm.....
keluarga dah restu
calon xder.....
mcm mana boleh jadi mcm ni?
hilang keyakinan untuk mengorat perempuan
sebab ape?
past-experience trauma
tgh bina balik keyakinan diri

panjang pulak entry kali ni
sebenarnya hanya untuk memberi solusi tentang pergaulan lelaki dan perempuan iaitu kahwin awal
cuma duk tulis panjang sebab mungkin ade kwn yg calon semua dah ada, tapi family xrestu
so, ini sekadar berkongsi pengalaman dan pemerhatian aku
nak hujah lain?
aku ada baca satu buku, lupa dah ape tajuk dia
tapi bunyi die lebih kurang mcm ni'ingin kaya?cepat kahwin'
ada banyak ayat2 al-quran die bagi
contoh surah AN-Nur, ayat 32(bukak tafsir)
selain tu, ada die buat kajian
dalam senarai orang terkaya di indonesia,kebanyakkannya berkahwin awal
nak tahu lagi, baca buku tu

kahwin awal atau lewat, dua2 nya ada cabaran masing2.....
yang paling penting, perancangan

sekian, semoga membantu

Wednesday 27 May 2009

Everybody Please Flag This Video

http://www.youtube.com/watch?v=EuhjpU5Rin4&feature=related

Tolong flag video ni ramai2
orang ini menyebarkan fitnah, isi2nya tidak betul
individu ini tidak mendalami Islam dan Rasulullah
atau memang sengaja memburukkan Islam dan Rasulullah
dan ada byk lagi video yg hina Islam dan Rasulullah
flag semua video yang mana termampu

Monday 25 May 2009

Rasulullah....



Part yang seterusnya boleh cari di youtube

Thursday 21 May 2009

Apabila termenung dan berangan

Rasulullah....Muhammad.....

Alangkah indahnya kalau aku boleh berjumpamu di Bumi yg sementara ini.....

Jika aku hidup sezaman dengan mu, sudah pasti engkau org yang akan aku saling perhatikan

Seperti mana aku memerhatikan ibubapaku, kawan2ku dan tokoh2 yg ada di Malaysia

aku yakin, aku akan mendapat suatu inspirasi andai aku dapat melihatmu secara langsung

cara dikau bertindak terhadap sesuatu masalah

cara dikau bergaul dgn org ramai

cara dikau melawan musuh

cara dikau menerima pujian org ramai

cara dikau berpidato di hadapan orang ramai

apakah ayat2 yang akan dikau gunakan untuk melawan pihak musuh?

bagaimana dikau berbahas bersama orang yang keras hatinya?

bagaimana dikau mengawal marah?

-------------------------------

aku teringat semasa aku mendaki bukit nur, memang letih

aku boleh bayangkan bagaimana tahap kecergasan dikau kerana sering naik dan turun

dikau memang seorang yang sasa, dan aku memujimu kerana tidak menggunakan kegagahan mu itu untuk menindas orang lain

malah melindungi orang yang lemah

-------------------------------------


aku juga seronok semasa membaca kitab hadis2 mu

ia seperti aku membaca buku cerita mengisahkan diri dikau

dan memang dikau lah watak utama didalam buku ini

cuma perjalanan ceritanya tidak berturutan dari dikau diangkat menjadi rasul sehingga dikau wafat

ini mungkin disesuaikan bagi memudahkan perujuk2 hukum untuk membuat hukum sesuatu masalah

namun, aku dapat mengenali dikau dari situ

aku ada terjumpa buku yang mengisahkan kehidupan dikau sejak dari kecil sehingga wafat

tebal bukunya, beribu2 muka surat agaknya, karangan HAMKA

tetapi buku itu bukanlah milikku, aku juga tidak sempat untuk membacanya secara lanjut

tapi aku dapat rasakan aku boleh dapat inspirasi walaupun baru membaca beberapa muka surat


---------------------------------------------


dikau juga bagi aku adalah pelindung kepada orang wanita

bagaimana dikau tidak setuju dengan keadaan pada zaman mu

namun, zaman itu terjadi semula kini

wanita dijadikan bahan memuaskan nafsu lelaki

dan perempuan itu juga berbangga atas pekerjaan mereka

juga ada yang melabel Islam ini membantut

adakah salah ilmuan Islam sendiri yang menyebabkan mereka berfikiran Islam ini membantutkan mereka?

aku perlukan seseorang sepertimu

cara mu berfikir untuk menyelesaikan masalah

aku ingin melihat sendiri akhlakmu yang dikatakan seperti Al-Quran

bagaimana engkau melaksanakan akhlak itu sedang ramai orang yang berfikir sukar untuk melaksanakannya secara menyeluruh

---------------------------------------


andai aku sempat bersahabat dengan mu diwaktu hayatmu, sudah pasti aku ingin dapatkan pandangan dikau tentang kelakuan aku sekarang.

aku perlukan nasihat yang lebih spesifik untuk aku memperbaiki diri ku.....


---------------------------------------------

Ku berharap kita akan bersua di akhirat kelak

aku ingin berjabat tangan denganmu

aku mungkin tidak layak untuk mendapat syafaat mu untuk beroleh syurga atas pelbagai dosa yang aku buat di atas bumi ini

dan aku juga hanyalah seperti umat2 mu yg biasa lain

tapi aku akan terus melakukan sesuatu; sesuatu yang aku percaya

dan aku mendoakan supaya kepercayaan aku tidak terpesong daripada ajaranmu dan beroleh hidayah daripada Allah S.W.T sementara aku masih hidup

Pantun

Kite makin tua....
Gigi makin gugur...
Pipi makin kendur...
Mata pun kabur....
Uban beterabur..
Yang menunggu lubang kubur..

Kreadit kepada ustaz akill hayy

Saturday 9 May 2009

Girl, Women and Feminin

Girl's pride and dignity are decided by their own. If you acted like women, you will be treated as a women. If you acted as muslimah, you will be treated as muslimah. If you acted like a men, don't be mad if you are treated as a men. Also, if you acted as a bitch, no wonder you will be treated as a bitch. Trust me!

Friday 27 March 2009

Lelaki, Perempuan dan ...........

Men-Unpredictable
Women-Complicated

CREADIT TO Princess NIA

Saturday 21 March 2009

Ingin Diketahui Orang Tetapi Tidak Ingin Mengetahui Siapa

Kadang-kala orang merasakan bahawa mereka mahu orang lain mendengar masalah mereka tetapi mereka tidak mahu tahu siapakah dia yang mengetahui masalah mereka. Bunyi seperti rumit ha?? Tetapi inilah salah satu sebab kenapa orang mula menulis blog.

Thursday 5 March 2009

Jodoh

Seriously, it’s hard to know who your real ‘jodoh’ is. It just about instinct, belief, effort, commitment, and doa. You may found 2 or even 3 real loves in your life. It may be at the same time or after another.