Didalam hidup ini kita saling perlu memerlukan. Inilah yang dinamakan komuniti. Saling memerlukan sesama keluarga, jiran serta sahabat. Kita kadang kala merasakan kita tidak memerlukan pertolongan didalam sesuatu masalah. Kita berfikir, masalah itu kita boleh selesaikan dengan inisiatif kita serta kekuatan kita sendiri. Kita sendiri pun tidak mahu menyusahkan atau merisaukan orang lain. Namun kadang kala orang yang dekat dengan kita tidak berfikiran sebegitu. Mereka kadang kala berharap agar kita dapat berkongsi masalah dengan mereka supaya mereka dapat memberi khidmat kepada kita. Orang yang dekat dengan kita termasuklah keluarga dan rakan-rakan lebih2 lagi jika berkaitan dengan perempuan. Umpamanya dengan emak atau isteri(atau bakal isteri). Walaupun si ibu dikurniakan naluri yang mendalam, namun mereka kadang kala berharap agar si anak dapat berkongsi masalah dengannya. Jadi, walaupun sekuat mana semangat kita, kadang kala kita perlu berkongsi masalah. Juga, dengan berkongsi masalah kita dapat merapatkan hubungan kita dengan orang tersebut kerana saling tolong menolong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment