Thursday, 21 May 2009

Apabila termenung dan berangan

Rasulullah....Muhammad.....

Alangkah indahnya kalau aku boleh berjumpamu di Bumi yg sementara ini.....

Jika aku hidup sezaman dengan mu, sudah pasti engkau org yang akan aku saling perhatikan

Seperti mana aku memerhatikan ibubapaku, kawan2ku dan tokoh2 yg ada di Malaysia

aku yakin, aku akan mendapat suatu inspirasi andai aku dapat melihatmu secara langsung

cara dikau bertindak terhadap sesuatu masalah

cara dikau bergaul dgn org ramai

cara dikau melawan musuh

cara dikau menerima pujian org ramai

cara dikau berpidato di hadapan orang ramai

apakah ayat2 yang akan dikau gunakan untuk melawan pihak musuh?

bagaimana dikau berbahas bersama orang yang keras hatinya?

bagaimana dikau mengawal marah?

-------------------------------

aku teringat semasa aku mendaki bukit nur, memang letih

aku boleh bayangkan bagaimana tahap kecergasan dikau kerana sering naik dan turun

dikau memang seorang yang sasa, dan aku memujimu kerana tidak menggunakan kegagahan mu itu untuk menindas orang lain

malah melindungi orang yang lemah

-------------------------------------


aku juga seronok semasa membaca kitab hadis2 mu

ia seperti aku membaca buku cerita mengisahkan diri dikau

dan memang dikau lah watak utama didalam buku ini

cuma perjalanan ceritanya tidak berturutan dari dikau diangkat menjadi rasul sehingga dikau wafat

ini mungkin disesuaikan bagi memudahkan perujuk2 hukum untuk membuat hukum sesuatu masalah

namun, aku dapat mengenali dikau dari situ

aku ada terjumpa buku yang mengisahkan kehidupan dikau sejak dari kecil sehingga wafat

tebal bukunya, beribu2 muka surat agaknya, karangan HAMKA

tetapi buku itu bukanlah milikku, aku juga tidak sempat untuk membacanya secara lanjut

tapi aku dapat rasakan aku boleh dapat inspirasi walaupun baru membaca beberapa muka surat


---------------------------------------------


dikau juga bagi aku adalah pelindung kepada orang wanita

bagaimana dikau tidak setuju dengan keadaan pada zaman mu

namun, zaman itu terjadi semula kini

wanita dijadikan bahan memuaskan nafsu lelaki

dan perempuan itu juga berbangga atas pekerjaan mereka

juga ada yang melabel Islam ini membantut

adakah salah ilmuan Islam sendiri yang menyebabkan mereka berfikiran Islam ini membantutkan mereka?

aku perlukan seseorang sepertimu

cara mu berfikir untuk menyelesaikan masalah

aku ingin melihat sendiri akhlakmu yang dikatakan seperti Al-Quran

bagaimana engkau melaksanakan akhlak itu sedang ramai orang yang berfikir sukar untuk melaksanakannya secara menyeluruh

---------------------------------------


andai aku sempat bersahabat dengan mu diwaktu hayatmu, sudah pasti aku ingin dapatkan pandangan dikau tentang kelakuan aku sekarang.

aku perlukan nasihat yang lebih spesifik untuk aku memperbaiki diri ku.....


---------------------------------------------

Ku berharap kita akan bersua di akhirat kelak

aku ingin berjabat tangan denganmu

aku mungkin tidak layak untuk mendapat syafaat mu untuk beroleh syurga atas pelbagai dosa yang aku buat di atas bumi ini

dan aku juga hanyalah seperti umat2 mu yg biasa lain

tapi aku akan terus melakukan sesuatu; sesuatu yang aku percaya

dan aku mendoakan supaya kepercayaan aku tidak terpesong daripada ajaranmu dan beroleh hidayah daripada Allah S.W.T sementara aku masih hidup

1 comment:

Taz Jaafar said...

seronok baca. :)