Wednesday, 23 December 2009

Insan Pilihan Allah SWT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Nabi adalah seseorang yang berkata-kata dengan benar. Seorang yang mempunyai akhlak peribadi yang mulia. Juga seseorang yang mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Juga terdapat nabi yang berpeluang berdialog dengan Allah dan malaikat. Sepanjang hidup aku, aku suka melihat, memerhati serta mengkaji perlakuan seseorang. Semua orang mempunyai perangai yang berbeza, dan bagai mana mereka menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk menjadi ‘seseorang’, itu yang menarik perhatianku. Ini termasuklah ahli keluargaku,kawan-kawanku serta tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada masyarakat.Di Malaysia, terdapat banyak tokoh-tokoh yang aku kagumi seperti Mahathir dan Syed Mokhtar Al-Bukhari. Aku mencari biografi tentang kisah kehidupan mereka dari kecil hingga dewasa serta cabaran-cabaran yang mereka alami. Aku mendapat inspirasi dan kekuatan semasa membacanya. Juga aku dapat melihat sendiri peribadi mereka dengan kaca mata aku sendiri kerana mereka masih hidup. Juga bagaimana mereka menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh orang ramai.

Pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Aku setuju. Kerana selepas membaca kesukaran, keperitan dan ketabahan tokoh-tokoh terkenal di Malaysia, aku cinta kepada mereka. Yakni aku cuba untuk menjadi seperti mereka. Jadi, aku cuba ingin bercinta dengan Rasulullah. Aku sungguh tidak bernasib baik hidup di zaman abad ke-21 kerana Muhammad (S.A.W) hidup pada abad ke-5 Masihi. Aku sanjung Mahathir kerana aku nampak Malaysia ini membangun semasa pemerintahannya. Aku sanjung Syed Mokhtar kerana aku nampak dia seseorang yang merendah diri walaupun sangat kaya. Tapi untuk Muhammad (SAW), aku tak nampak kerana dia telah meninggal dunia. Hanyalah kesan yang ditinggalkan Al-Quran, Hadis dan makam beliau di Masjid Nabawi. Aku ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Muhammad (SAW). Aku percaya, dengan membaca hasil karya(buku) karangan tokoh tersebut, kita dapat tahu apakah jenis pemikiran dan perwatakan seseorang itu. Al-Quran, bukanlah hasil tangan Muhammad (SAW). Al-Quran adalah kata-kata yang datang daripada Allah SWT. Jadi, Muhammad tidak menulis apa-apa buku seperti Mahathir menulis buku Dilema Melayu. Aku cuba membaca hadis-hadis Muhammad (SAW). Menarik kerana seperti membaca novel tetapi tanpa plot jalan cerita. Hadis-hadis disusun supaya memudahkan manusia untuk menentukan sesuatu hukum dalam kehidupan seharian.



Aku cuba lagi dengan menziarahi tempat lahir, kesan-kesan sejarah Muhammad (SAW) di bumi Saudi. Aku lihat makam baginda. Yang aku paling terasa adalah semasa menaiki Bukit Nur yang terdapat Gua Hirak diatasnya. Letih juga menaiki bukit tersebut dan aku terbayang tentang kekuatan fizikal Muhammad (SAW). Di atas itu juga aku dapat melihat Bandar Mekah, gunung-ganang, langit yang biru dan matahari terbit dengan begitu indah sekali. Dari situ aku dapat tahu mengapa Muhammad (SAW) memilih tempat tersebut untuk mendapat ketenangan jiwa.

Aku cuba lagi untuk mengenali Muhammad (SAW). Dari sekolah lagi sejarah tentang Muhammad (SAW) telah kita semua ketahui. Cuma apa yang kita banyak ketahui hanyalah selepas baginda menjadi Rasul. Jadi, aku cuba mencari buku yang menceritakan sejarah daripada baginda kecil hinggalah meninggal dunia. Alhamdulillah, aku jumpa buku tersebut daripada salah seorang sepupu aku. Sangat tebal, ditulis pada tahun 1951 dan berbahasa melayu.Aku hanyalah ingin mengenali Muhammad (SAW).

Akhir kata, aku jua ada buat pemerhatian dan kajian tentang kepelbagaian mazhab dikalangan umat Islam. Bila dirujuk kepada semua mazhab, semuanya ada alasan tersendiri mengapa mereka memilih jalan tersebut. Sebab itu lah aku ingin melihat sendiri kalau boleh seorang Nabi didepan mataku. Seseorang yang kuat perhubungannya dengan Allah SWT. The Chosen One. Aku nak tengok orang yang bagaimana ‘The Chosen One’ itu dipilih oleh Allah SWT. Bagaimanakah jalan yang dipilih oleh Nabi. Semestinya jalan itu adalah jalan yang paling benar kerana mendapat rujukan daripada Allah SWT. Namun semua rasul itu hanyalah seperti manusia biasa. Mempunyai emosi dan perasaan. Muhammad (SAW) sendiri sedih apabila kehilangan isterinya dan pakciknya.

Kemudian, aku teringat tentang hari Qiamat. Isa (AS) akan diturunkan semula untuk meneruskan perjuangan baginda. Oleh kerana aku sudah tidak dapat melihat Muhammad (SAW) di dunia ini, aku berharap aku dapat melihat Isa (AS) hidup didunia ini. Aku ingin tahu bagaimana fizikalnya, kekuatan rohaninya dan kebenaran yang dibawanya. Aku berharap aku masih hidup pada hari Isa (AS) diturunkan. Sudah tentu jika Isa (AS) diturunkan, dunia ini hampir Qiamat. Lagipun Qiamat sudah hampir bukan? Semoga iman aku semakin kuat kelak.

No comments: